Dear Diary

Tuesday, October 28, 2008

++kena operate, ampang puteri++

seminggu lalu, hari selasa 21 Oct 2008 aku terasa perut sebelah kanan aku sakit lagi..
kali ni rasa mcm tak thn wlaupun selama ni mmg sakit..
aku terfikir nak gi hospital time tu gak..
tp aku dah taknak pg GH..
for me to go to private specialist, aku perlu GL dr company aku..
aku tgk jam.. dah kul 6pm++ dah.. mesti semua org HR dah balik umah time ni
aku tabahkan hati.. harap2 aku leh berthn esok..
bila jam dah kul 7pm.. aku mula bkemas nak balik hotel..

hari rabu 22 oct 2008,
pegi opis mcm biasa.. perut aku lom rasa sakit sangat..
sakit yg still boleh thn..
tp sampai kat opis.. aku terus call HR minta GL incase aku perlu pegi hospital lg sekali..
as promised, HR sediakan GL utk aku dan email kat aku..
keje mcm biasa smpai masuk lunch hour..
sakit perut kejap ada kejap takde..
aku taknak pikir sgt pasal sakit tu lgpun byk keje time tu..

lunch hour.. aku ckp kat bos aku nk pegi jumpa specialist..
bos aku dah aku inform upfront pasal sakit aku..
smlm lg dia suruh aku gi jumpa the best specialist.. tu pesan dia..
so bila semua org kelaur lunch.. aku masih lg kat wstation siapkan sedikit keje..
bila semua keje2 urgent dah selesai aku mula keluar opis..
bos MMC tmpt tawarkan diri nak antar aku gi hospital..
aku ckp takper.. aku larat lg nak jln..

sblm gi hospital aku smpt balik hotel..
aku sediakan brg2 basic incase aku kena thn kat hospital lg..
jam dah kul 2pm.. aku keluar hotel dan minta taxi..

aku turun dr darby park dlm kul 2pm..
aku sampai kat ampang puteri specialist hospital kira2 15 min lps tu..
dekat je sbnrnya tp jln tgh jam time tu..
smpai kat sana aku terus masuk bhgn kecemasan.. tunjukkan GL dan bgtau org kat situ aku perlu jumpa specialist utk kes appendicitis..

aku tunggu kira2 10 min lps tu aku dibawa jumpa specialist.
bila dia dah check.. dia kata mmg big possibility aku ada appendics
aku dihantar ke lab buat urine and blood test..

lps tu dihantar ke bhgn dianostic imaging..
nak kena xtray dan buat ultrasound..
bila semua selesai aku kena tunggu result dlm 10 mins
bila result dah keluar.. aku disuruh jumpa specialist lg sekali..

doctor terus suruh aku stay kat ward bila tgk result segala test td..
aku takde terkejut sgt.. mmg dah jangka aku ada appendics..
tp yg aku tkejut bila doc suruh stay kat ward masa tu gak..
lebih mengejutkan bila aku terus dihantar ke operation room petang tu gak..
aku disuruh salin pakaian oleh misi2 kat situ..

soalan aku "sekarang ke?" "ye skrg" "cepatnya"aku tak smpt nak bgtau sapa2 yg aku akn undergone d opt ptg tu gak..
Z kebetulan call time aku tgh salin baju bedah..
dia je yg smpt aku bgtau..
aku terbaring mcm pesakit2 lain masuk ke bilik bedah..
sampai kat sana aku tgk jam dah pkl 6pm..
mula rasa cemas bila tgk pakar bedah dtg pindahkan badan aku ke katil bedah..

doctor tu suruh aku rileks.. smpt buat lawak..
smpt usik mengusik.. aku tau diorg saje nak buat aku rileks..
bila mulut aku dicekup dgn alat bius tu.. aku mula mengantuk..

sedar tak sedar aku dah dibangunkan..
nama aku dipanggil.. aku tau operation dah abis..
bila buka je mata aku terasa sakit yg amat sangat..
terasa kesan luka yg sgt dlm kat perut aku..
perkataan pertama yg keluar dr mulut aku "aa sakitnye"...
aku masih lg terasa pening dan nak muntah.. tak dpt nak buka mata sgt..
mungkin kesan ubat bius tu ada lg...
perkataan sakit tu tak abis2 kelua dr mulut aku..
doctor tu boleh tny "sakit ye?".. "takpe kejap lg nurse dtg amik bw masuk wad dan bagi ubat ye" tu je yg sempat aku dgr...
pastu aku tetido lg.. aku tak thn pening dan nak muntah..

sedar2 aku dah kat ward.. aku tgk jam dinding dah pkl 10pm..
sakit tu masih lg terasa.. aku sedar sbb nurse bgnkan aku minta aku buang air kecil..
dia kata pesakit perlu buang air kecil lps opt utk pastikan organ dlman aku berfungsi lancar..
aku try bgn.. alamak.. rasa ngilu tersangat.. betul2 aku tak larat bgn..
sakit sgt2.. aku ckp kat nurse aku tak larat bgn..

sambung tido.. sbb mmg aku tak larat..
pkl 12 aku bgn lg try nak buang air kecil..
lg sekali aku takleh nak bgn gak..
nurse situ ckp dia akan bg bekas utk aku buang air kecil kalau aku tak larat nak bgn..
aku angguk jer.. bila dia dah sorong kan bekas tu kat bwh punggung aku.. aku try lg buang air kecil.. alamak.. takleh nak keluar lak.. takleh nak kencing terbaring..
nurse tu dah risau bila aku lama sgt tak dpt nak buang air kecil..
dia bg bungkusan gel sejuk kat perut aku utk paksa aku rasa nak kencing..
dia ckp.. kalau aku tak kencing tiub akan dimasukkan utk keluarkan air kencing aku..
dia ckp kat aku cara tu lebih menyakitkan...
aku tmbh2 risau..
dr pkl 12am samapi kul 4am aku tak dpt nak kencing gak..
bila aku tgk dah kul 4.. aku ckp kat nurse suruh angkat aku..
wpun sakit aku tpkasa bgn sbb aku taknak dimasukkan tiub..
bila dah bgn gi toilet aku dpt kencing mcm biasa..
lega rasanya...

pg tu mak aku call dlm pkl 8.. tny khabar aku ok ker tak..
sbnrnya diorg tak tau pun aku masuk hospital..
bila aku ckp aku dah lps operation dia terus menangis..
aku ape lg.. sebak gile rasa.. tp aku thn taknak mak aku tau yg aku nangis gak..
aku kata aku ok.. semua dah selamat..
tp mak aku tetap risau sbb dia tau kesakitan yg tpksa aku tanggung lepas operation..
mmg sakit.. tak dpt nak bjln.. tak dpt nak bergerak..
terbaring jer.. mak risau sapa nak jaga makan pakai aku..

hmm.. tp syukur... aku dah selamat.. doktor ckp appendics aku almost burst..
thanks god sbb bg kwn yg baik kat aku..
kicap sentiasa jd teman spjg aku sakit.. nurli tak jemu2 nak tolong..
sweetheart Z yg tak putus bg kata2 semangat
bos yg memahami wpun begitu strict time keje..
kwn2 opis yg dtg mejenguk..
plg penting mak ayah yg sentiasa mendoakan..

aku rasa aku nak cita pjg lebar lg..
tp nnt lah aku cita..
byk sgt cerita yg ingin aku kongsikan..
tunggu ya..

Saturday, October 18, 2008

+hospital dan wad++

aku baru mengalami pengalaman yg belum pernah aku alami
rabu mlm tu sepatutnya aku nak online kejap ngan Z..
tp bila Z agak sibuk.. aku give him time for himself..
aku masuk bilik awal dr biasa..
dlm terbaring tu aku rasa perut aku sakit..
pastu aku terus mls nak bgn lg dan terus terlelap..
Z sms 2 kali tp aku x sedar sbb hp satu tu aku masih buat silent mode..
bila kali ke 3 dia sms kat hp yg lagu satu tu baru aku tersedar
jam dah pkl 12.30..
of course dia heran bila spjg mlm tu aku senyap je..

bila dah terjaga aku rasa perut aku makin sakit lak..
tp aku teruskan tido aku
aku tak syak apa2 pun
sbb kebetulan aku tgh period..
pagi khamis - 16 oct 08, perut aku still gak sakit..
masuk opis mcm biasa..
aku gi klinik waktu lunch bila aku rasa perut aku makin sakit..
sampei kat klinik doktor kata aku suspected appendicitis..
hmm.. dia amik urine dah darah sekali..
then doc bagi referral letter utk gi hospital..
aku smpt pitam kejap kat klinik tu slps doktor amik darah..
pas baring2 kejap kt klinik aku masuk opis semula..

inform colleague aku yg aku kena gi hospital..
memula gi hospital pusrawi..
disbbkan aku mmg di suspect ada appendics, doctor suruh aku stay hospital..
sekali lg aku kena refer ke HKL..
tp aku smpt balik amik toiletaries.. takut2 kalau aku kena masuk ward
sampai kat HKL rasa mcm makin sakit lak bila tgk mcm2 jenis org yg ada kat situ..
setelah melalui mcm2 proses.. aku dimasukkan dlm wad..
hm.. rasa mcm tak caye je aku kena masuk wad
perut aku mmg sakit pun time tu..
tp aku betul2 tak sangka yg aku ada appendicitis.

masa tu dah pukul 7.oopm..
aku dpt katil.. doktor terus buat check..
then mcm2 jenis soalan tpksa aku jwp..
lebih kurang pkl 9pm kwn2 aku, Kicap, Wira dan Nurli dtg melawat..
Thanks God sbb dah bg aku kwn yg baik hati mcm diorg..
aku takde sape2 pun kat kl kecuali kwn2..

memula aku hny bgtau Z jer pasal semua yg aku lalui ni..
dia lah org pertama yg akan tau apa jer jd kat aku..
aku taknak bgtau family aku sbb aku tau diorg akan cemas dan risau..
tp bila Z dah bkali2 suruh aku gitau diorg akhirnya aku gitau mak bapa aku gak..
betul sangkaan aku.. mak aku nangis spjg mlm..
tak henti2 dia suruh ayah aku call aku..
dia xleh nak ckp ngan aku sbb dia sure akan nangis..
hmm.. aku kalau dgr mak aku sedih.. atau sapa2 yg aku sayang sedih.. aku cepat je nak nangis..

pkl 12.30am aku terus dimasukkan ke operations room..
aku rasa mcm tak ready jer nak kena operate..
sbb aku baru jer masuk kul 7.00pm td.. kul 12.30am dah kena masuk bilik bedah..
eh betul ke aku nak kena bedah ni?
aku dah disuruh tanggalkan semua pakaian..
diorg pakaikan aku dgn pakaian bedah jer..
tp ada gak lucunye.. aku kelakar bila aku kena suruh tanggal semua pakaian termasuk pakaian dlm.. rasa mcm tak selesa lak aku..
bila sampai kat bilik bedah.. doktor berbincang lg sesama diorg..
aku diperiksa lg sekali..
selepas sejam dlm bilik tu.. akhirnya doktor kata operation cancelled..
diorg nak kena refer to gynae esok hari sbb kebetulan aku tgh period time tu..
aku ditarik kelaur semula...

hari jumaat - 17 Oct 08, aku disorong utk berjumpa doc gynae..
darah, air kencing di periksa lg sekali...
aku discanned, di extra..
gynae takut ada ketumbuhan kat perut aku..
tp seorg lagi gynae ckp benda tu ada sbb aku kan tgh period..

aku dihantar balik ke wad..
spjg hari terlantar kat katil..
bosannye rasa.. tgn aku sampai bengkak kena cucuk setiap masa..
air sentiasa di cucuk sbb aku diarah utk berpuasa bg menyenangkan spy tak tunggu masa yg lama kalau2 aku perlu di operate..
mlm hari jumaat tu aku dah tak thn nak keluar..
aku ckp kat doctor.. kalau diorg tak sure aku ada appendicitis or tak.. aku nak minta keluar dulu..
mlm tu doktor arahkan cucuk air kat tgn aku dicabut..
bermakna aku dah dibenarkan utk buka puasa..
tp mlm tu dah kul 10pm.. aku nk mkn apa time tu..
nurli turun bwh belikan aku sikit mkanan.. tp cafe dah tutup..
dia belikan mknan yg ada kat kantin jer..
aku mkn buah yg Kicap bawa td.. then minum air..
bila nurli dan kicap dah balik.. aku masuk tido..

pg td - sabtu - 18 oct 2008..
aku pg2 dah mandi..
aku rasa aku nak kluar gak hari ni kalau doktor betul2 tak confirm samada nak operate or tak..
bila specialist buat round pg tu.. aku terus ckp yg aku nak keluar kalau diorg lum pasti nak operate or tak..
so bila tgk keadaan aku tak semakin teruk.. doktor benarkan aku keluar wad..
pkl 10am.. aku kemas2 brg dan tukar baju then terus keluar..

balik semula ke PNB darby park..
hmm.. itulah ujian dan dugaan yg terpaksa aku lalui ketika keseorgan di tmpt org..
syukur sbb ada kwn yg begitu baik..
may God Bless them..
tak mampu nak balas budi baik diorg..

Buat Kicap, Nurli dan Wira.. thanks so much atas kebaikan korang..
buat molly.. thanks gak sbb bantu aku dari jauh..

skrg ni.. perut aku masih sakit..
aku kena buat semua benda slowly
aku takleh lasak sgt skrg..
semoga aku dijauhkan dari appendicitis
aku taknak kena bedah
aku taknak stay kat ward lagi..